Setahun yang lalu, kami berkunjung ke sebuah pusat pemulihan remaja perempuan. Penemuan dengan mereka membuatkan hati ini terkejut dan sedih kerana apabila melihat wajah-wajah mereka semuanya kelihatan ayu dan lembut, jauh sekali daripada sangkaan saya wajah bengis dan ganas. Pada ketika itu,  kelihatan beberapa orang bayi comel yang masih merah kerana ibunya baru saja melahirkan. Apabila ditanyakan oleh saya apa rancangan mereka untuk anak-anak mereka ini, mereka merancang untuk menjaga anak mereka sehingga besar, menyekolahkan dan merawat sampai bila-bila. Saya bertanya kepada salah seorang penjaga di situ, adalah mungkin para ibu muda ini dapat menjaga anak-anak mereka dalam keadaan mereka juga masih di bawah jagaan keluarga.

         Kemungkinan besar mereka tidak dapat menjaga anak mereka, bayi yang dilahirkan ini akan dihantar di bawah jagaan keluarga yang layak dari segi ekonomi dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka perlu meneruskan hidup sebagai remaja, berkahwin dan memulakan hidup baharu. Satu kenyataan yang pahit dan kelat untuk ditelan oleh seorang ibu walaupun melahirkan anak dalam keadaan yang sebegitu. Mereka juga menyatakan kerisauan mereka terhadap masa depan anak-anak mereka yang lahir tanpa ayah, bagaimana pandangan masyarakat kita terhadap anak-anak ini?

         Satu stigma yang susah untuk dibuang daripada sesetengah orang mengenai anak luar nikah adalah mereka jijik dan kotor. Apalah dosa anak-anak syurga ini? Sering juga tidak mendapat hak sepatutnya, mungkin kita tidak perlu menjadi seperti negara Barat menganggap kelahiran dan seks luar nikah sebagai satu kebiasaan, tetapi kita perlu belajar menerima anak-anak yang lahir daripada ibu dan ayah yang berdosa tidak pernah berdosa pada pandangan Allah S.W.T. Ramai mengatakan kita tidak perlu memberikan perlindungan dan sebagainya kepada golongan ibubapa muda yang seperti ini, tetapi di mana ibu dan ayah saat-saat mereka memerlukan? Ada dalam kalangan mereka sekalipun keluarga tidak datang berkunjung, kita mendidik untuk mereka belajar menerima diri mereka, dan apakah usaha orang sekeliling untuk menerima mereka? Mereka yang telah belajar daripada kesilapan yang lalu, pengalaman mendewasakan , betulkah?

No comments:

Post a Comment